Jasad kanak-kanak lemas akhirnya ditemui

Jasad kanak-kanak lemas akhirnya ditemui

Tawau: Kanak-kanak lelaki tiga tahun yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari jambatan sungai Tawau Kampung Jawa Lanut, di sini petang semalam ditemui hari ini.

Mayat Mohd Alif Amuddin ditemui jam 8.19 pagi oleh pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau bersama penduduk kampung.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, kanak-kanak terbabit ditemui pada jarak 600 meter dari lokasi mangsa jatuh.

“Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Susulan penemuan mangsa, operasi ditamatkan pada jam 8.30 pagi,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Operasi mencari dan menyelamat turut dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau.

Dalam kejadian semalam, seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh di sungai jambatan sungai Tawau Kampung Jawa Lanut, di sini.

Pasukan bomba yang menerima panggilan kecemasan kemudian bergegas ke lokasi untuk gerakan mencari dan menyelamat.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|