Menyusahkan betul…

Menyusahkan betul…

Papar: Empat lelaki ditahan selepas didapati terbabit dalam aktiviti penagihan dadah dalam operasi yang dijalankan di sekitar daerah ini, semalam.

Operasi dijalankan sepasukan anggota dan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Batholomew Umpit berkata, keempat-empat suspek adalah warga tempatan berusia 20-an hingga 30-an.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui dadah seberat 0.21 gram yang dipercayai untuk melepas gian daripada salah seorang terbabit.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

“Kejayaan tangkapan ini adalah salah satu usaha berterusan polis dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Batholomew berkata, hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap semua suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

Sementara itu, Batholomew berkata, operasi yang dijalankan ini adalah salah satu langkah terbaik dalam mencegah sebarang aktiviti jenayah di daerah Papar.

“Orang ramai juga dinasihatkan untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan dadah dan jenayah di daerah ini kepada pihak polis atau IPD Papar khususnya untuk tindakan segera,” katanya.

-Deasoka

Share

Written by:

368 Posts

View All Posts
Follow Me :
error: Content is protected !!