Dua remaja ditahan bakar papan tanda

Dua remaja ditahan bakar papan tanda

Sandakan: Dua remaja lelaki berusia 13 dan 14 tahun ditahan, selepas dipercayai terbabit dalam kes bakar papan tanda “I LOVE SANDAKAN” di dataran Harbour Mall, di sini, pada 21 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, remaja lelaki dan perempuan itu berjaya ditahan di pusat bandar Sandakan, Jumaat lalu.

Katanya, kedua-dua mereka kini ditahan reman sehingga 6 Ogos depan bagi membantu siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sementara itu, Mohd Azhar menasihatkan ibubapa dan penjaga supaya sentiasa memantau pergerakan anak masing-masing.

Katanya, ia bagi mengelakkan mereka terdedah atau terbabit dengan sebarang kegiatan jenayah.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|