DBKK, MPS benarkan aktiviti dine in

DBKK, MPS benarkan aktiviti dine in

Kota Kinabalu: Selepas Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang membenarkan para peniaga restoran dan kedai makan beroperasi secara dine in, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) kini turut mengikuti langkah serupa.

Menurut Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Noorliza Awang Alip, pihaknya dalam masa sama turut tidak mengeluarkan kompaun atas aktiviti terbabit.

Beliau ketika dipetik dalam laporan Daily Express hari ini, mendedahkan perkara itu dibolehkan dengan pematuhan SOP sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh diguna pakai.

Dua hari lalu, MPS membenarkan aktiviti dine in di Sandakan dengan ketetapan 50 peratus individu sahaja dibenarkan berada di premis selain dua orang pada satu meja makan.

Terdahulu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dalam satu pengumumannya pada 28 Jun lalu telah membenarkan kelonggaran beberapa aktiviti ekonomi dan sosial bagi pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 di negeri ini.

Namun, isu SOP terutamanya berkaitan dine in restoran mencetus kontroversi susulan sehingga kini, masih belum ada keperincian dikeluarkan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|