Sembilan individu disaman buat pusingan ‘U’ haram

Sembilan individu disaman buat pusingan ‘U’ haram

Penampang: Seramai sembilan pengguna jalan raya dikenakan saman selepas didapati membuat pusingan ‘U’ secara haram di Jalan Penampang Bypass, di sini, semalam.

Saman berkenaan dikeluarkan ekoran tindakan pengguna jalan raya yang ingkar terhadap penguatkuasaan peraturan lalulintas di jalan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, operasi diketuai Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Penampang, Inspektor Jupri Usman dan dibantu lima anggota polis.

Antara yang disaman akibat membuat pusingan U di lokasi berkenaan.

Katanya, operasi Op Abai Lalulintas ini diadakan dalam usaha membanteras tindakan pengguna jalan raya yang masih degil dan melanggar peraturan ditetapkan.

“Dalam operasi kali, polis mengeluarkan sembilan saman terhadap pengguna jalan raya yang ingkar dengan membuat pusingan ‘U’ secara haram.

“Operasi ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan lalulintas yang ditetapkan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Haris berkata, polis Daerah Penampang akan sentiasa komited dalam memburu pesalah-pesalah jalan raya dan tindakan undang-undang bakal dikenakan kepada individu yang masih ingkar.

– Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|