DBKK laksana semula kupon parkir

DBKK laksana semula kupon parkir

Kota Kinabalu: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan melaksanakan semula Operasi Sistem Letak Kereta Berkupon dan Penguatkuasaan Undang-Undang Kecil (Tempat Letak Kereta Berkupon 2014) bermula esok.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Noorliza Awang Alip berkata, pelaksanaan ini dijalankan di pusat bandar raya dan semua kawasan bandar raya Kota Kinabalu.

Berikutan itu, katanya pengguna-pengguna yang membeli kopun letek kereta bulanan bagi Jun 2021 dibenarkan untuk mempamerkan kupon berkenaan sepanjang Julai 2021 dan tidak akan dikenakan kompaun.

“Semua pengguna boleh membeli kupon-kupon letak kereta dan membuat semakan serta pembayaran kompaun di semua kaunter dan kiosk Bahagian Pengurusan Letak Kereta DBKK Holdings SB yang beroperasi di seluruh kawasan bandar raya ini.

“Sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak Bahagian Pengurusan Letak Kereta DBKK Holding SB di talian 088-270181 / 270182 atau Hotline WhatsApp 01056208856.

“Orang awam juga boleh mengunjungi terus pejabat kami di KK Plaza,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata orang awam yang datang berurusan dengan pihak DBKK Holdings SB dinasihatkan untuk mematuhi dan mengamalkan penjarakan fizikal, topeng muka, cecair pembasmi kuman (hand sanitizer), semakan suhu badan dan imbas kod MySejahtera yang disediakan.

“Mereka yang gagal mematuhi arahan boleh didakwa mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya.

– Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|