Waris mangsa dicari

Waris mangsa dicari

Penampang: Polis sedang mengesan waris atau ahli keluarga seorang lelaki yang tiba-tiba rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika makan di pekan Donggongon, di sini, 9 Julai lalu.

Mangsa, Ho Eng Keong yang berusia 61 tahun itu dan beralamat Kampung Lubang Batu Mandahan, Papar, sehingga kini masih belum dituntut oleh sesiapa

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, Polis Penampang masih gagal mengesan atau menghubungi waris mangsa bagi memudahkan urusan pengkebumian.

“Oleh yang demikian, pihak kami memohon sekali lagi bantuan orang ramai bagi mengesan waris mangsa.

“Mayat terbabit masih berada di Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth I (HQEI), Kota Kinabalu,”’katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Mohd Haris berkata, maklumat yang diperolehi setakat ini, mangsa sebelum ini pernah menetap di Daerah Tawau sebelum berhijrah ke Daerah Penampang.

Katanya, mana-mana pihak yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat berkaitan waris atau keluarga mangsa diminta tampil membantu siasatan.

– Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|