Cubaan seludup petrol digagalkan

Cubaan seludup petrol digagalkan

Semporna: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya mematahkan satu cubaan menyeludup keluar minyak petrol bersubsidi di kawasan laut Bulipatuid, di sini, semalam.

Berdasarkan maklumat yang diterima, operasi serbuan dijalankan di sebuah pondok tidak berpenghuni di kawasan berkenaan.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna, Deputi Superintendan Mohamad Ismail berkata, hasil pemeriksaan lanjut menemui beberapa jerikin berisi minyak petrol.

Katanya, pondok berkenaan disyaki dijadikan tempat penyimpanan minyak petrol sebelum diseludup ke negara jiran, Filipina.

“Sebaik ditemui, semua minyak petrol serta bot ditahan dan dibawa ke Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan lanjut.

“Nilai rampasan kali ini dianggarkan bernilai RM2,050 berdasarkan harga pasaran semasa,”katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sehubungan itu, Mohamad berkata, PPM sentiasa menggalakkan masyarakat pesisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurkan sebarang maklumat melalui aplikasi whatsApp Pasukan Polis Marin Wilayah empat Sabah di nombor 013-9391197.

Katanya, maklumat juga boleh disalurkan dengan berhubung terus ke mana-mana balai polis berdekatan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|