UMNO Sabah ketengah usul perkasa kedudukan Ismail Sabri sebagai PM

UMNO Sabah ketengah usul perkasa kedudukan Ismail Sabri sebagai PM

Sandakan: UMNO di semua Bahagian di Sabah mengetengahkan usul untuk memperkasakan kedudukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub sebagai Perdana Menteri dan memperkasakan parti.

Ketuanya, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, beberapa usul terbabit diketengahkan secara serentak oleh UMNO Bahagian seluruh Sabah untuk dibentangkan dan dibahas secara terperinci.

Bung Moktar dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kinabatangan di Dewan Masyarakat Sandakan.

“UMNO Bahagian-Bahagian di seluruh Sabah, kita telah mengetengahkan beberapa usul serentak untuk memperkasakan parti dan juga memperkasakan Perdana Menteri.

“Usul itu akan dibentang dan dibahaskan oleh seorang pembahas dan akan dibahas secara terperinci untuk bagaimana memperkasakan parti dan pemimpin,” katanya kepada media menyempurkankan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kinabatangan di Dewan Masyarakat Sandakan, di sini, hari ini.

Bung Moktar menerima cenderamata daripada Setiausaha UMNO Bahagian Kinabatangan Wan Daud Kahar selepas hadir menyempurnakan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kinabatangan di Dewan Masyarakat Sandakan.

Bung Moktar yang juga Ahli Majlis Tertinggi (AMT) UMNO bagaimanapun dalam pada itu menyatakan bahawa UMNO Sabah mahu pemimpin di peringkat Pusat bersatu bagi memastikan parti itu terus mendapat sokongan dan tempat dihati rakyat.

Katanya, dalam UMNO sendiri tidak boleh berlakunya pertelagahan sesama pemimpin kerana ia sudah pasti akan melemahkan parti dan semangat perjuangan di peringkat akar umbi.

“Justeru, kita beranggapan bahawa semua pemimpin-pemimpin tertingi parti UMNO harus menyedari bahawa mereka mempunyai peranan dan tanggungjawab penting untuk memperkukuhkan parti dan bukannya memecahbelahkan parti.

“Ini mesej amat jelas bahawa UMNO Sabah berkehendakkan UMNO Pusat bersatu untuk memastikan bahawa UMNO akan terus mendapat sokongan dan mendapat tempat dihati rakyat,” katanya.

Sebelum itu, antara usul yang turut dikemukakan dalam mesyuarat itu, adalah menjunjung institusi kepartian dan terus menyokong padu institusi Presiden yang dipayungi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mempimpin UMNO.

Selain itu, menyokong penuh Bung Moktar sebagai Ketua UMNO Sabah sebagai peneraju utama bagi UMNO Sabah dan memberi kepercayaan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan tertinggi UMNO Malaysia.

Usul lain turut menyebut memformulasikan budaya kebersamaan di dalam gerak kerja pilihan raya di peringkat Pusat, Negeri, Bahagian, Pusat Daerah Mengundi (PDM) ddan peringkat lokaliti serta memperkasakan parti dan kesiapsiagaan seluruh jentera UMNO di semua peringkat.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|