Cuba elak anjing, kereta terbabas hampir 38 meter

Cuba elak anjing, kereta terbabas hampir 38 meter

Tawau: Cuba elak anjing, itu pendedahan hasil siasatan awal polis membabitkan kemalangan maut di Jalan Gudang Empat, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter AK Umbuas berkata, kereta Perodua Myvi yang dipandu wanita berusia 20 tahun bersama tiga rakannya dari Flat PPR Gudang Empat menuju ke bandar untuk menghadiri makan malam.

“Menurut pemandu kereta terbabit, ketika melalui tempat kejadian, dia cuba mengelak seekor anjing yang berada di laluannya hingga hilang kawalan dan terbabas ke sebelah kanan jalan sejauh hampir 38 meter.

“Akibat kemalangan itu, penumpang hadapan Nur Fadhilah Abdul Salam, 23, yang bekerja sebagai pembantu di sebuah pasar raya maut di lokasi kejadian.

“Dua lari rakan mereka dirawat di Zon Hijau dan Zon Kuning Unit Kecemasan Hospital Tawau,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Peter berkata, hasil siasatan juga mendapati kereta dinaiki mangsa mengalami kerosakan secara keseluruhan dipercayai telah berpusing dan terbabas.

“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ, 1987,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|