Kota Kinabalu: Sabah hari ini mencatat 122 kes baharu Covid-19, menjadikannya yang terendah pernah dicatat di negeri ini sejak Mei lalu.
Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata jumlah itu membabitkan penurunan 67 kes berbanding 189 kes yang dilaporkan semalam.
Beliau berkata, berdasarkan laporan mengikut daerah, kes tertinggi hari ini direkodkan di Ranau dengan 21 kes, diikuti Kota Belud dan Kota Kinabalu, masing-masing 19 kes serta Tuaran (16 kes).
“Daerah yang lain semua mencatat kes baharu satu angka sahaja, manakala sebanyak lapan daerah tidak melaporkan sebarang kes baharu,” katanya dalam kenyataan, petang ini.
Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, berkata kebanyakan daerah mencatat jumlah kes baharu yang lebih rendah dengan empat daripadanya menunjukkan penurunan signifikan berbanding semalam iaitu Kota Kinabalu dan Tuaran yang masing-masing turun 14 kes, diikuti Papar (turun 12 kes) dan Penampang (turun 10 kes).
“Secara keseluruhan lapan daerah lain mencatatkan peningkatan kes harian dan enam daerah pula mengekalkan catatan sebagaimana semalam,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata seramai 118 daripada 122 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, manakala tiada kes dalam Kategori 3, serta masing-masing seorang dalam Kategori 4 dan 5.
Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:
Covid Update 20 Disember 2021
Sabah 122 (189)
Ranau 21 (21)
Kota Belud 19 (18)
Kota Kinabalu 19 (33)
Tuaran 16 (30)
Tambunan 7 (3)
Keningau 6 (7)
Penampang 5 (15)
Putatan 5 (10)
Tenom 4 (7)
Tawau 4 (2)
Papar 3 (15)
Pitas 3 (0)
Kuala Penyu 2 (5)
Kinabatangan 2 (0)
Kota Marudu 2 (6)
Telupid 1 (0)
Sandakan 1 (10)
Beaufort 1 (0)
Kalabakan 1 (0)
Semporna 0 (2)
Beluran 0 (2)
Lahad Datu 0 (3)
Kunak 0 (0)
Nabawan 0 (0)
Sipitang 0 (0)
Tongod 0 (0)
Kudat 0 (0)
Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 19 Disember 2021
-Deasoka