600 petugas barisan hadapan, penerima vaksin terima sumbangan

600 petugas barisan hadapan, penerima vaksin terima sumbangan

Kota Belud: Seramai 600 petugas barisan hadapan dan penerima vaksin menerima sumbangan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Kota Belud, semalam.

Majlis ringkas yang diadakan di Pusat Pemberian Vaksin Dewan Lasau Mununsud Kota Belud itu turut berkesempatan menyantuni para petugas barisan hadapan di dewan berkenaan.

Ketua Bahagiannya, Datuk Japlin Akim berkata, sumbangan yang diberikan para petugas barisan hadapan amat dihargai.

Katanya, masyarakat perlu bersatu dan bersama-sama untuk terus melawan wabak Covid-19.

“Ia perlu dilakukam dengan menjaga prosedur operssi standard (SOP) bagi memastikan kita semua kekal selamat dan sihat walau di mana berada,” katanya.

Pada majlis berkenaan, Japlin turut menyampaikan sumbangan makanan sarapan pagi dengan disertai Pegawai Daerah Kota Belud Diana Abdullah, Naib Ketua Bahagian Bersatu Roslan Durahman, Setiausaha Bahagian Liasin Kaloh dan beberapa orang ahli jawatankuasa Bahagian Bersatu Kota Belud.

-Deasoka

Share

Written by:

1,496 Posts

View All Posts
Follow Me :
error: Content is protected !!