Penampang: Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang belum menerima laporan daripada 15 pemandu kenderaan yang terbabit kemalangan dari Januari hingga Julai tahun ini.
Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim (gambar) berkata, semua kemalangan itu membabitkan kejadian di Penampang dan Putatan.
Katanya, semua pemilik kenderaan yang dikeluarkan ini diminta supaya tampil membuat laporan bagi melancarkan proses siasatan.
“15 kenderaan yang terbabit dalam kemalangan jalan raya sebelum ini belum membuat sebarang laporan polis.
“Nombor pendaftaran kenderaan yang terbabit adalah ST9119F, WLL5398, SK9249, SAA8730V, SAB9274H, SA5820V, SSA2697A, SAB2706R, SAA2776K, SAC7281E, ST2297U, SYG3781, SYC2965, SAB9462C dan SA1400U,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, semua pemilik kenderaan diminta tampil bagi membantu siasatan mengikut Kaedah Lalu Lintas 166/59.
Katanya, sebarang pertanyaan atau informasi berkaitan perkara ini boleh segera menghubungi pejabat BSPT IPD Penampang di talian 088-712930.
-Deasoka