Kota Kinabalu: Seramai 276 penduduk Taman Putera Jaya, Telipok, di sini, yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) menerima vaksin pada Program Vaksinasi Mobile Task Force Imunisasi COVID-19 (CITF).
Program yang dijalankan itu adalah kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) bersama Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS).
Pengarah Hospital UMS, Profesir Dr. Helen Benedict Lasimbang berkata, program outreach di Daerah Kota Kinabalu itu membabitkan seramai 16 petugas HUMS yang terdiri dari dua orang Doktor Perubatan, dua jururawat dan 12 kakitangan sokongan HUMS.
Selain itu katanya, operasi turut dibantu 11 petugas JKNS membabitkan tiga jururawat Klinik Kesihatan Telipok, tiga kakitangan CITF dan lima kakitangan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM).
Program Vaksinasi Mobile Task Force Imunisasi COVID-19 (CITF) yang diadakan di Taman Putera Jaya.
“Dengan slogan ‘Bah Vaksin Kita’, program outreach ini berjaya memberikan vaksinasi kepada 276 orang penduduk sekitar Taman Putera Jaya, Telipok yang sedang menjalani tempoh PKPD.
“Kita berharap, usaha ini akan terus dapat dilaksanakan dari semasa ke semasa terutamanya di kawasan yang dikenakan PKPD,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Helen berkata, usaha ini juga diharap dapat membantu kerajaan negeri mewujudkan imuniti kelompok dalam kalangan rakyat Sabah sekali gus mengelak penularan Covid-19 dalam komuniti.
-Deasoka