24 food bank di DUN Lumadan beroperasi sepenuhnya

24 food bank di DUN Lumadan beroperasi sepenuhnya

Beaufort: Sebanyak 24 food bank yang ditempatkan di masjid dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan kini beroperasi sepenuhnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Ruslan Muharam berkata, dalam kawasan DUN beliau terdapat 32 masjid namun sehingga fasa tiga sebanyak 24 food bank sudah beroperasi.

Katanya, baki lapan lagi masjid akan diwujudkan juga food bank dan dilaksanakan dalam waktu terdekat bagi membantu penduduk yang mengalami kesukaran ketika berhadapan dengan pandemik Covid-19.

“Ini merupakan fasa ketiga pembukaan food bank di dalam kawasan DUN Lumadan, sehingga kini sebanyak 24 masjid beroperasi sepenuhnya.

“Penubuhan food bank ini di lakukan secara berperingkat di mana pada fasa pertama sebayak tiga masjid pada 16 Julai lalu, kemudian pada 1 Ogos lalu iaitu sebanyak tujuh masjid dan seterusnya kini 14 masjid telah menyusul beroperasi,” katanya dalam kenyataan di facebook rasmi milik beliau semalam.

Ruslan berkata, tujuan food bank itu diwujudkan adalah untuk membantu mereka yang terkesan dengan pandemik dan sesiapa saja yang memerlukan boleh mengambil bekalan makanan yang disediakan di food bank itu.

“Bekalan makanan ini boleh diambil sesiapa saja tanpa mengira agama, bangsa mahupun fahaman politik.

“Saya menyeru kepada semua lapisan masyarakat yang mempunyai kelebihan untuk bersama memberi sumbangan bahan makanan kering ke masjid yang telah mempunyai food bank di dalam kawasan DUN Lumadan ini,” katanya.

Terdahulu, semalam Ruslan bersama Pengerusi Pembangunan Dakwah Zon Weston, Abd Aziz Lazim serta Pengerusi Pembangunan Dakwah Zon Gadong, Gafar Jidan melancarkan food bank di 14 masjid di kawasan DUN Lumadan.

Antaranya termasuk Masjid Kampung Lubak; Masjid Darul Ikhlas, Kampung Batandok Lubak; Masjid Kampung Poring Lupak; Masjid Kampung Tebok; Masjid Beringin dan Masjid Al Aman, Kampung Batandok Pekan.

Selain itu, Masjid Mukim, Kampung Gadong; Masjid Nur Iman, Kampung Kepawa; Masjid Kampung Lukut, Masjid Darul Hikwan Desa Lestari, Kampung Suasa; masjid Kg Lago; Masjid Kebajang Ulu; Masjid Nur Yusop, Kampung Lawa dan Masjid Asy Syakirin, Kampung Garama.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|