Kota Kinabalu: Bunyi kuat letupan cermin berjaya menyelamatkan empat beranak daripada hangus terbakar apabila kediaman mereka musnah dalam kejadian di Kampung Tanjung Aru Baru, di sini, awal pagi tadi. Menurut salah seorang penghuni, Sani Sedong, 24, berkata, ketika kejadian, dia masih bermain permainan telefon pintar seorang diri di dalam bilik
Tag: #tgaru
Lagi rumah atas air di Tanjung Aru terbakar
Kota Kinabalu: Lagi kebakaran berlaku di penempatan atas air di Tanjung Aru Baru, di sini, membabitkan lebih 15 rumah yang musnah dalam kebakaran awal pagi tadi. Kebakaran dipercayai bermula dari sebuah rumah, jam 4.20 pagi sebelum merebak dan memusnahkan rumah lain berikutan kedudukan rumah yang rapat antara satu sama lain.
20 keluarga terima bakul makanan
Kota Kinabalu: Seramai 20 keluarga menerima bantuan bakul makanan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, hari ini. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata bantuan itu disampaikan menerusi Op Bantu kepada mereka yang terputus bekalan makanan ekoran pandemik COVID-19. Katanya, bantuan disampaikan selepas pihaknya
Nenek bersama tiga cucu selamat, perahu terbalik
Kota Kinabalu: Seorang nenek dan tiga cucunya hampir lemas selepas perahu dinaiki mereka terbalik ketika menyelamatkan diri dalam kebakaran di Kampung Tanjung Aru Baru, di sini, pagi tadi. Dalam kejadian jam 7 pagi itu, semua mangsa berusia satu hingga lima tahun terbabit bagaimanapun berjaya diselamatkan penduduk kampung yang menyedari kejadian
Kebakaran Kg Tanjung Aru Baru, kira-kira 34 keluarga terjejas
Kota Kinabalu: Kira-kira 34 buah keluarga terlibat dengan insiden kebakaran di Kampung Tanjung Aru Baru, pagi tadi. Dalam kejadian berlaku jam 7 pagi itu telah memusnahkan sebanyak 10 buah rumah atas air di kampung berkenaan. Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Shahelmey Yahya berkata, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) akan
10 rumah atas air musnah terbakar
Kota Kinabalu: kira-kira 10 buah rumah atas air musnah dalam kebakaran di Kampung Tanjung Aru Baru, di sini, pagi tadi. Kebakaran jam 7 pagi itu dipercayai bermula dari sebuah rumah sebelum merebak ke kediaman lain sekitar penempatan atas air berkenaan. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah,