20 keluarga terima bakul makanan

20 keluarga terima bakul makanan

Kota Kinabalu: Seramai 20 keluarga menerima bantuan bakul makanan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata bantuan itu disampaikan menerusi Op Bantu kepada mereka yang terputus bekalan makanan ekoran pandemik COVID-19.

Katanya, bantuan disampaikan selepas pihaknya mengenalpasti mereka yang memerlukan selepas terputus sumber pendapatan sepanjang pandemik ini.

Salah seorang penerima sumbangan bakul makanan yang disampaikan oleh Zaidi.

“Untuk hari ini kita menyampaikan 20 bakul makanan kepada 20 keluarga memerlukan di Kampung Tanjung Aru.

“Program ini akan diteruskan lagi dari semasa ke semasa berdasarkan senarai yang sudah dikenalpasti,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan bantuan bakul makanan pada program Op Bantu Peringkat IPD Kota Kinabalu di Balai Raya Kampung Tanjung Aru Baru.

Mohd Zaidi berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDM) juga sudah mengarahkan pihaknya supaya mengenalpasti 300 lagi keluarga yang memerlukan di setiap daerah.

Katanya, pengagihan bakul makanan itu akan dilaksanakan secara berperingkat.

– Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|