Lepas keputusan UMNO baru saya komen: Bung

Lepas keputusan UMNO baru saya komen: Bung

Kota Kinabalu: “Tiada komen buat masa sekarang,” demikian kata Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin (gambar) berhubung pelantikkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yakoob sebagai Timbalan Perdana Menteri hari ini.

Beliau berkata, pihaknya akan membuat sebarang kenyataan sejurus pucuk pimpinan parti UMNO membuat keputusan dalam tempoh yang terdekat.

“Selepas UMNO membuat sebarang keputusan barulah saya komen, “katanya.

Bung Moktar berkata demikian ketika dihubungi berhubung isu pelantikkan Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan rasminya sebentar tadi mengumumkan Menteri Kanan bagi Kluster Keselamatan itu dilantik sebagai jawatan nombor dua pentadbiran negara yang berkuatkuasa serta merta.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien turut dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri yang mengetuai Kluster Keselamatan.

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Pusat difahamkan mengadakan satu mesyuarat di ibu negara pada malam ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|