Sabah seri aksi pertama Liga Super

Sabah seri aksi pertama Liga Super

KOTA KINABALU: Pasukan Sabah FC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas hanya mampu terikat 0-0 dalam aksi pembukaan Liga Super 2024/2025 di Stadium Likas, petang tadi.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu bermula garang dengan menguasai hampir keseluruhan babak pertama namun gandingan serangan Darren Lok dan Saddil Ramdani, gagal memecah kebuntuan perlawanan.

Ketangkasan Penjaga Gol Penang FC, Sikh Izhan Nazreel Azman turut menghampakan penyokong tuan rumah dengan beberapa kali berjaya menyelamatkan gawang pelawat daripada ditembusi penyerang Sang Badak.

Kedua-dua pasukan kemudiannya cuba mencari rentak pada babak kedua namun perlawanan berlarutan tanpa sebarang jaringan gol sehingga habis 90 minit permainan.

Kira-kira 3,700 penonton hadir dalam aksi perlawanan di Stadium Likas pada perlawanan pertama Sabah FC.

Pasukan Sabah akan bertandang ke Stadium Sultan Muhammad IV untuk menentang Kelantan pada 17 Mei hadapan.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|