Lelaki bogel kurang siuman ditemui mati jatuh bangunan

Lelaki bogel kurang siuman ditemui mati jatuh bangunan

TAWAU: Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan berbogel selepas jatuh dari bangunan salah sebuah restoran makanan segera di sini, tengah hari Ahad.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata pihak polis menerima panggilan 12.17 tengah hari menerima panggilan daripada pengadu mengatakan terdapat seorang lelaki membunuh diri.

“Siasatan awal mensyaki lelaki tersebut kurang siuman, menurut saksi tempat kejadian seorang anggota RELA bertugas sebagai pengawal keselamatan, lelaki bogel tersebut datang ke kawasan bangunan dan terus memaklumkan pengurus restoran untuk menutup pintu belakang kerana risau lelaki itu akan masuk ke dalam premis,”katanya.

Menurut Jasmin, selepas itu pekerja restoran yang berkerja di bahagian pandu lalu memberitahu terdapat seorang lelaki jatuh di luar bangunan itu.

“Semasa kejadian tidak ada saksi samada lelaki tersebut terjatuh atau bunuh diri,” ujarnya.

Mayat dihantar ke Hospital Tawau untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|