Sabah atasi Kuching City FC 2-1 di Stadium Likas

Sabah atasi Kuching City FC 2-1 di Stadium Likas

KOTA KINABALU: Skuad Sang Badak berjaya mencatatkan kemenangan pertama di laman sendiri selepas menewaskan Kuching City FC 2-1 pada saingan Liga Super, malam semalam di Stadium Likas.

Aksi pada babak pertama hanya berkesudahan 0-0 meskipun kedua-dua pasukan mempunyai beberapa gerakan menarik namun tidak gagal menemui sebarang penyudah.

Pada babak kedua, Kuching City FC terdahulu mengejutkan tuan rumah dengan jaringan Pedro Henrique pada minit ke-64. Sabah FC kembali bangkit selepas memperolehi jaringan penyamaan selepas mendapat sepakan penalti dan disempurnakan oleh Darren Lok pada minit ke-75.

Ia selepas Kwang Min Ho dijatuhkan oleh pertahanan Kuching City FC dan Sabah FC diberikan sepakan penalti oleh  pengadil Ahmad Zuhaidi Dzulkifli menerusi keputusan VAR.

Jafri Chew yang masuk menggantikan Darren Lok menjaringkan gol kemenangan Sabah FC pada minit ke-85.

Bagi perlawanan seterusnya bagi Sabah akan menerima kunjungan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim pada 13 Julai depan.

(Gambar kredit FB rasmi Sabah Fc)

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|