RM1.2 juta rokok seludup dirampas di sebuah rumah

RM1.2 juta rokok seludup dirampas di sebuah rumah

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat Sabah merampas rokok seludup bernilai RM 1.2 juta termasuk cukai dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Hing Lee pada Jumaat.

Menurut Komander PPM Wilayah Empat, ACP Ahmad Ariffin, operasi Op Kontraband merampas lebih 1800 kotak rokok seludup atas maklumat barang tidak bercukai.

“Serbuan 5.30 petang itu dilakukan di sebuah rumah telah menemui 984,000 batang rokok jenama Era Biru, Exsen Blueberry Click dan rokok kretek jenama Platinum Seven yang disyaki dibawa dari negara jiran, “katanya.

Beliau berkata, polis juga menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan kerana disyaki terlibat.

Menurutnya, kesemua rampasan termasuk suspek diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sandakan.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|