Cuba dapatkan dokumen palsu untuk anak, lelaki warga asing dihukum penjara

Cuba dapatkan dokumen palsu untuk anak, lelaki warga asing dihukum penjara

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga asing dijatuhkan hukuman penjara 1 tahun 8 bulan didapati bersalah cuba mendapatkan sijil kelahiran anak menggunakan dokumen palsu.

Majistret, Stephanie Sherron Abbie menjatuhkan hukuman tersebut setelah mendapati Midzpar Kira,26 bersalah kerana telah memberikan Cabutan Daftar Kad Pengenalan yang palsu semasa hendak mendaftakan kelahiran anak pertama.

Mengikut Pegawai Pendakwa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah, Mohd Naser Mohd Nadzeri, tertuduh telah melakukan kesalahan itu pada 20 Mei lalu di pejabat JPN daerah Penampang.

Setelah semakan dibuat nombor cabutan Daftar Kad Pengenalan dan cap jari tertuduh tidak wujud dalam sistem JPN.

Oleh itu tertuduh telah melakukan kesalahan dibawah Peraturan 25(1)(e) Peraturan- Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) kerana telah mengemukakan dokumen palsu.

Tertuduh telah merayu hukuman agar diringankan kerana ada anak baru lahir dan isteri berpantang, manakala.

Pihak pendakwaan pula menegaskan memiliki dokumen pengenalan diri palsu sebagai dokumen pengenalan diri adalah suatu tindakan yang salah dan tidak bertanggungjawab.

Walau apa pun alasan yang dikemukakan untuk menghalalkan dokumen pengenalan palsu ini adalah tidak relevan.

Oleh itu, tertuduh perlu dikenakan hukuman berat bagi memberi kesedaran kepada masyarakat di luar sana mengenai isu dokumen pengenalan yang merupakan isu yang sangat serius dan sensitif serta melibatkan kedaulatan negara dan tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut kerana tertuduh sebenarnya tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|