Program Ramadan, syarikat korporat, individu dialukan laksana CSR: Awang Kadin

Program Ramadan, syarikat korporat, individu dialukan laksana CSR: Awang Kadin

TAWAU : Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) mempelawa individu serta syarikat korporat menyumbang kepada Program Amal Berbuka Puasa di 25 lokasi di seluruh Sabah.

Pengarah UPPM, Datuk Awang Kadin Tang berkata, program bermula dari daerah Kalabakan dijangka berakhir di Keningau pada 24 Mac.

Katanya, sumbangan tersebut berupa barangan makanan serta bantuan sukarelawan untuk disalurkan kepada mereka yang kurang berkemampuan sempena bulan ramadan.

“Bersama-sama menjayakan program ini sambil kita boleh memberikan impak positif sekali gus menyebarkan harapan kebaikan kepada mereka yang memerlukan khususnya di bulan yang mulia ini.

“Sumbangan yang disalurkan sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada penerima dalam mereka menjalani ibadah puasa sekali gus membuat persiapan awal menjelang Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Awang Kadin berkata, beliau menyeru agar lebih banyak syarikat syarikat berkaitan kerajaan GLC dan syarikat lain tampil untuk menyumbangkan dana bagi tujuan kemasyarakatan dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka ke program ini.

Sementara itu, Pengarah Syarikat Kim Teck Cheong Consolidated Berhad, Datuk Dexter Lau berkata, usaha bersama UPPM merupakan inisiatif terbaharu membantu golongan yang memerlukanberserta rumah anak yatim di sepanjang bulan Ramadan ini.

“Kita bersama-sama turut serta dalam menganjurkan majlis berbukapuasa dengan harapan dapat mengurangkan beban keluargayang menghadapi masalah ekonomi mendapat sokongan di sepanjang bulan Ramadan.

“Selain, rumah anak yatim akan dilawati, kami berpeluang bersama-sama memilih baju raya kegemaran mereka di 10 buah Pasaraya Servay yang terdekat,” jelas Dexter Lau.

Menurutnya, ini mencerminkan komitmen bersama dalam organisasi korporat serta kerajaan negeri untuk berkhidmat kepada masyarakat sekali gus menyebarkan kebahagiaan dan memumpuk keharmonian di sepanjang Ramadan.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|