UCSF terima kunjungan Mustapha

UCSF terima kunjungan Mustapha

KOTA KINABALU: University College Sabah Foundation (UCSF) telah menerima kunjungan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud di kampusnya di Sembulan pada Jumaat.

Ketibaan beliau disambut oleh Naib Canselor UCSF, DR. Rafiq Idris bersama kakitangan dan pelajar universiti itu di Kota Kinabalu.

Mustapha turut mengambil kesempatan bertemu dengan sebahagian pelajar UCSF dan menyerahkan buah kurma.

Beliau juga meluangkan masa melawat Nature Inspiration Art Gallery (NIAG) UCSF serta mengadakan sesi pertemuan bersama kakitangan pengurusan tertinggi universiti.

Dalam pertemuan itu, beliau menegaskan bahawa jalinan kerjasama diantara Institute Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan IPT Swasta mampu merealisasikan usaha membawa Malaysia terus maju ke hadapan.

“Terutamanya dalam sektor pendidikan di Sabah dengan adanya UCSF yang merupakan satu-satunya univeristi milik penuh kerajaan negeri di bawah Yayasan Sabah (YS)

“Selain mampu memberikan impak positif kepada ruang dan peluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi bagi anak-anak Sabah, agar terus meneroka peluang-peluang pengajian yang ada di UCSF dengan bantuan pengajian daripada YS”, tegasnya.

Sementara itu, Dr Rafiq Idris berkata, melalui pertemuan itu, pelbagai perkara telah dicadangkan dan dibincangkan berhubung pengajian tinggi di Malaysia dan Sabah khususnya.

“Dengan sokongan serta kerjasama dari kementrian, saya percaya pelbagai usaha boleh direalışasıkan. UCSF merakamkan ucapan terima kasih kepada Mustapa di atas kunjungannya”, katanya.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|