BUAT masa ini, secara tipikalnya pentadbiran GRS-PH yang dimeterai pada awal tahun 2023 telah menuju kepada tirai penghujung.
Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 bakal menjelma sekurang-kurangnya setahun daripada artikel ini ditulis dengan negeri ini menyajikan 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Untuk memerintah, parti bertanding atau gabungannya memerlukan 36 kerusi bagi majoriti tipis (satu majoriti) sebelum membentuk kerajaan negeri di mana Ketua Menteri boleh melantik enam ADUN Lantikan bagi menjadikan jumlah 42 kerusi.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dalam ucaptama bersama Penjawat Awam Negeri dan Persekutuan Sabah baru-baru ini mendedahkan, pentadbirannya yakni GRS bersama ikatan PH dan sekutu ADUN yang lain (termasuk sebahagian daripada parti UMNO) dijangka kekal mengemudi kerajaan sedia ada sehingga habis penggal sekurang-kurangnya sehingga September 2025.
Bagaimanapun dalam ucaptama itu juga, beliau tidak menolak kemungkinan PRN Sabah bakal awal diadakan bergantung kepada petunjuk atau ilham, seperti mana dicanang dalam ucapannya pada majlis berkenaan.
Mengimbas kembali kepada situasi semasa di Sabah, buat masa ini, kerajaan negeri di bawah pimpinan Hajiji mempunyai 45 kerusi DUN manakala di sebelah pihak pembangkang pula mempunyai 34 kerusi.
Senario ini berlaku apabila Ketua Menteri Sabah yang juga ADUN Sulaman itu berjaya mendapat mandat sekali lagi akibat pergolakan politik yang berlaku sekitar Januari 2023 di mana LANGKAH KINABALU dipatahkan di mana terdapat sebahagian ahli politik BN diketuai Pengerusi Perhubungannya, Datuk Seri Bung Moktar Radin bertindak menarik sokongan.
Bait perbalahan tersebut sebenarnya sudah dijangka apabila Bung Moktar dan Hajiji semakin bercanggah pendapat susulan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 yang berpihak kepada Perdana Menteri Malaysia ke-10 (PMX) dengan gabungan luar jangka melibatkan Pakatan Harapan, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan beberapa lagi parti lain.
Hajiji yang pada mulanya tidak menyatakan pendirian untuk menyertai gabungan Kerajaan Perpaduan akhirnya memberikan peluang kepada Bung Moktar dan barisan pimpinan pembangkang seperti WARISAN dan PKDM untuk menggulingkan Ketua Menteri Sabah dengan menggunakan frasa Perkara 6(7) Perlembagaan Negeri Sabah.
Ini termasuklah tindakan Ketua Menteri itu menubuhkan parti berasaskan tempatan Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) dengan bertindak keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang mendapat tentangan secara senyap di kalangan barisan komponen pentadbiran Hajiji ketika sama-sama memerintah sebelum ianya ‘pecah’ ketika Langkah Kinabalu berlaku.
Kesinambungan kerajaan GRS-PH yang dikemudi Hajiji
Sebaik sahaja mendapat mandat baharu melalui gabungan akuan bersumpah (SD) membabitkan sokongan ADUN-ADUN PH, UMNO dan WARISAN, Hajiji memulakan tahun baharu 2023 dengan barisan kabinetnya yang terbaharu.
Selain mengekalkan beberapa potfolio barisan pimpinan PGRS, Hajiji bertindak melantik Datuk Ir Shahelmey Yahya selaku Timbalan Ketua Menteri III untuk kouta UMNO Sabah (meskipun tidak diperakui pimpinan parti negeri) dan melantik Datuk Christinia Liew dari PKR dan Datuk Ginger Phoon daripada DAP dalam barisan kabinet dengan masing-masing menjawat tugas sebagai menteri.
Pelaksanaan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang diambil daripada semangat Logo Jata negeri Sabah itu kemudiannya terus disambung oleh barisan pimpinan dengan memperkenalkan pelbagai intipati program dan pelaksanaan dasar melibatkan konsep pentadbiran negeri.
Bolak balik yang dicanangkan terhadap faktor politik perlu diamati dengan menyeluruh kerana dinamika politik di Malaysia sudah berubah dan faktor politik dominan bukan lagi dijadikan asas kepada kekuatan pentadbir lebih-lebih lagi dengan faktor Kerajaan Perpaduan yang ditubuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengemudi kerajaan pada hari ini.
Isu infra, isu sejagat Sabah yang masih membelenggu
Barisan pentadbiran Ketua Menteri bersama menteri-menteri yang dinaunginya menerima kecaman hebat terutamanya di kalangan pengamal media sosial berhubung permasalahan infrastruktur di negeri Sabah.
Isu bekalan air terjejas, jalan raya berlubang, kekerapan gangguan elektrik dan peningkatan taraf hidup kerap menjadi bualan ramai dengan mengandaikan SMJ di bawa oleh pentadbiran Hajiji sekadar indah daripada khabar.
Perkara ini turut menjadi pasif apabila pihak pembangkang secara terus-terusan atau terang-terangan menghentam daripada segenap riuk mengenai masalah infra sehingga ada mendapat perhatian media di peringkat nasional.
Bagaimanapun, mengikut tanggapan, adalah tidak adil sekiranya Hajiji dipersalahkan secara berseorangan memandangkan masalah-masalah demikian merupakan ‘hal yang diwarisi’ dan sukar dimetrai tanpa bantuan daripada Kerajaan Persekutuan secara am.
Oleh yang demikian, masalah infra yang tipikal ini memerlukan rangsangan daripada segenap pihak termasuklah pembangkang di mana aspek tersebut perlu disedari tidak akan pulih dengan sendirinya dengan bergantung kepada kapasiti bajet negeri selain mendapatkan ihsan daripada Kerajaan Persekutuan.
Pembangkang tidak bersikap check and balance
Pihak pembangkang terutamanya Parti WARISAN kini mengutamakan naratif songsang yang sengaja ditimbulkan bagi memenangi minda rakyat Sabah membenci apa sahaja yang diusahakan kerajaan GRS-PH.
Ini termasuklah mengembar-gemburkan hal-hal yang tidak sepatutnya dan insiden remeh sedangkan perkara itu berlaku disebaliknya.
Mengambil contoh dengan isu cabaran kemarau dan insiden catuan air, pembangkang mengambil sikap terlalu menghentam tanpa mahu menerima sebarang jawapan daripada pihak kerajaan sedangkan mereka sedar dan tahu, perkara terbabit tidak akan selesai dalam tempoh sehari apatahlagi ianya merupakan isu-isu yang juga tidak dapat diselesaikan oleh WARISAN sewaktu bergelar kerajaan di Sabah selama 22 bulan.
Naratif songsang yang sering bermain di laman media sosial ini dianggap tidak bertanggungjawab kerana ia juga dianggap tidak akan menyelesaikan permasalahan yang terjadi memandangkan acap kali serangan dan tohmahan diberikan kepada kerajaan tidak diselitkan dengan idea penyelesaian atau mengguna pakai sistem check and balance itu sendiri.
Perkara-perkara seumpama ini sekaligus memberikan impak kepada prestasi kerajaan yang terpaksa bersikap defensif memandangkan kekeliruan masyarakat yang kelihatan menebal terutamanya di kalangan pengguna laman sosial dan tidak menerima sebarang alasan atau kaedah penyelesaian diberikan oleh kerajaan.
Hajiji perlu diberi ruang sepenuhnya
Ibarat frasa Rome wasn’t built in a day, demikianlah kerajaan GRS-PH yang ada sekarang di mana pencapaian membina sebuah kerajaan yang mengajak rakyatnya bersaing maju dan lebih ideal berdepan dengan cabaran masa kini bukanlah satu perkara mudah.
Hajiji dan barisan kepimpinannya terpaksa menghadapi pelbagai cabaran daripada internal dan external memandangkan perebutan kuasa tersebut sering sahaja menjadi topik pertikaian antara politikus di negeri ini.
Sehubungan itu, adalah tidak adil sekali memberi tafsiran kerajaan yang sedia ada gagal atau buntu meskipun memasuki fasa terakhir dalam penggalnya memandangkan banyak faktor perlu diambil kira.
Kejayaan Hajiji mengemudi Sabah sering diperlekeh ramai pihak meskipun mereka menyedari negeri ini sedang memulih daripada krisis pasca Covid-19 yang meletakkan kemampuan ekonomi bertukar kepada titik permulaan.
Falsafah SMJ yang diperkenalkan suka atau tidak, kerajaan Hajiji seolah-olah diboikot daripada segenap segi termasuklah diperingkat segelintir rakyat yang menggangap slogan Jata Negeri itu lebih kepada retorik dan bukannya pengisisan tatakelola yang dicanangkan kerajaan.
Ini ditambah lagi dengan ransangan negatif daripada pihak tertentu seperti pembangkang yang menganggap Hajiji menggunakan slogan terbabit hanya sekadar melepas batuk ditangga namun mereka sama sekali tidak membenarkan doktrin sebenar melekat kepada minda masyarakat tentang betapa seriusnya kerajaan mahu menjayakan Hala Tuju SMJ dalam membangunkan negeri Sabah.
GRS-PH di landasan tepat menjayakan Sabah Maju Jaya
Kejayaan Hajiji mengemudi Sabah sering diperlekeh ramai pihak meskipun mereka menyedari negeri ini sedang memulih daripada krisis pasca Covid-19 yang meletakkan kemampuan ekonomi bertukar kepada titik permulaan.
Ini memandangkan keupayaan dan strategi pemulihan yang tidak dapat disangkal ramai pihak itu melibatkan banyak pembinaan infra, pembangunan ekonomi melibatkan sektor swasta dan awam selain pakej pemulihan berkebajikan seperti Rumah SMJ membawa kepada landasan tepat akan pemulihan tersebut.
Pendedahan demi pendedahan kerajaan seperti pelan pembangunan SMJ Sdn Bhd yang mempunyai reputasi memberangsangkan dalam mengemudi keupayaan minyak dan gas di Sabah, pelaburan Linaco Resource Sdn Bhd yang menarik pelaburan RM620 juta dalam industri pembangunan kelapa di negeri ini, pelaburan SBH Kibing Solar New Material yang membuka nilai pelaburan RM2 bilion di Sabah dan lain-lain lagi perlu diambil kira dalam Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Kerajaan GRS-PH kini.
Bahkan, jumlah kedatangan pelancong ke Sabah turut mencatatkan peningkatan sebanyak 365.5 peratus pada tahun 2022 berbanding tahun sebelumnya yang menyaksikan ketibaan pelancong ke negeri ini adalah lebih 1.7 juta orang dengan kadar Tourism Receipt berjaya dikumpul adalah sebanyak RM3.18 bilion.
Dengan keupayaan Belanjawan Sabah 2024 yang berjumlah RM5.701 bilion yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun pada sidang DUN Sabah sekitar November tahun lalu, Sabah dilihat terus berupaya merancakkan lagi ekonomi semasa dengan pelan pakej ransangan Hala Tuju SMJ termasuklah perkadaran bagi meransang ekonomi rakyat di peringkat akar umbi.
Kenapa perlu berpolitik lebih, sedangkan rakyat dahagakan pencapaian?
Kesimpulannya, Hajiji dan barisan kepimpinan sedia ada perlu diberi ruang sepenuhnya mengerjakan pentadbiran sedia ada dengan intipatinya mampu melonjakkan Sabah kepada negeri terus membangun seiring dengan negeri-negeri lain di Malaysia.
Bolak balik yang dicanangkan terhadap faktor politik perlu diamati dengan menyeluruh kerana dinamika politik di Malaysia sudah berubah dan faktor politik dominan bukan lagi dijadikan asas kepada kekuatan pentadbir lebih-lebih lagi dengan faktor Kerajaan Perpaduan yang ditubuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengemudi kerajaan pada hari ini.
Hajiji dilihat tidak terlalu berpolitik di dalam hal pentadbirannya dan lebih menumpukan terhadap pembangunan negeri, maka adalah tidak adil sekiranya beliau dituduh sebagai gagal oleh segelintir pihak memandangkan kejayaan yang telah diraih oleh tatakelola kerajaan GRS sekarang tidak pula mahu diambil kira.
Oleh yang demikian, rakyat diminta menilai dengan tenang dengan apa yang terhidang di depan mata dan bukan mudah menjadi sesuatu kerajaan atau membina sebuah lagi kerajaan baharu di masa hadapan sedangkan apa yang ada sudah lebih daripada yang cukup.
Bak kata pepatah, jangan sampai yang dikejar tidak dapat yang dikendong pula berciciran, tidak semestinya bertukar kerajaan itu masalah air, elektrik, jalan raya kita bakal selesai…
Deasoka