Mutiara GRS santuni lebih 50 kanak-kanak sempena CNY

Mutiara GRS santuni lebih 50 kanak-kanak sempena CNY

KOTA KINABALU: Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Sabah (MUTIARA) GRS hari ini meraihkan lebih 50 kanak-kanak sempena sambutan Tahun Baru Cina (CNY) di rumah MUTIARA, Rose Garden pada Khamis.

Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag yang juga Yang Di-Pertua MUTIARA GRS dan ahli-ahlinya menyantuni kanak-kanak itu.

Selain diraikan dengan jamuan makan dan persembahan Tarian Singa, mereka turut menerima “Angpow” dan “goodie bags” daripada Juliah dan MUTIARA GRS Majlis itu turut diserikan dengan upacara menggaul Yee Sang dan penampilan maskot Naga.

Turut hadir Naib-Naib Yang Di-Pertua MUTIARA GRS, Datin Cecilia E.Kitingan dan Datin Dg Siti Noor Hayyat Ag Mohd.Saufi (Setiausaha Kehormat), Pengerusi Pelaksana, Datin Seri Stella Yong, Pengerusi Biro Kebudayaan. Datin Siti Noor Liyana Abd Latiff Bledram dan Timbalan Pengerusi Sambutan, Datin Tracy Jee Huat@Mui.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|