Murkam Presiden baharu KGKS

Murkam Presiden baharu KGKS

KOTA KINABALU: Murkam Hussein dipilih sebagai Presiden Kesatuan Guru Kerajaan Sabah (Sabah Government Teacher’s Union (KGKS) yang baru.

Pengumuman pemilihan Murkam dibuat semasa Persidangan Dwi Tahunan Kali ke 40 sesi yang diadakan di Suria Ballroom Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Beliau yang juga Pengerusi KGKS Cawangan Tuaran menang dalam pemilihan jawatan itu setelah menewaskan dua lagi calon presiden.

Presiden KGKS sebelum itu disandang oleh Mohd Kifflee Murkam yang juga seorang pendidik di Sekolah Kebangsaan (SK) Bolong Tuaran mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli KGKS kerana memberikan kepercayaan kepadanya untuk meneraju kesatuan itu bagi penggal 2024- 2026.

Menurutnya perjuangan KGKS ialah memastikan hak guru, gaji guru,kebajikan dan skim perkhidmatan mereka terbela.

“Isu kebajikan guru dalam perkhidmatan dan hak sebagai guru akan terus diperjuangkan oleh KGKS”, tegasnyaKGKS merupakan kesatuan yang berdaftar dibawah Akta Kesatuan Sekerja, adalah untuk warga pendidik yang bermastautin di Sabah dan berkhidmat di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Turut hadir pada persidangan kali ini ialah Timbalan Setiausaha Agung CUEPACS Malaysia, Mohd Fadli Mohd.Noor dan Pengerusi CUEPACS Sabah, Ajulahin Japin.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|