Maritim tahan empat lelaki guna ‘spear guns’

Maritim tahan empat lelaki guna ‘spear guns’

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan menahan empat lelaki yang didapati menangkap ikan menggunakan kaedah panah besi (spear guns) dalam kejadian di kedudukan 1.36 batu nautika Barat Daya Pulau Mengalum, hari ini.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, kesemua suspek warga asing itu ditahan bersama sebuah bot nelayan yang digunakan mereka dalam aktiviti haram berkenaan.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik berkata, bot nelayan tempatan tanpa nombor pendaftaran itu telah ditahan bot peronda Maritim Malaysia dalam siri Operasi Sejahtera dan Operasi Tiris di perairan terbabit.

“Juragan bot warga tempatan juga ditahan bersama tiga orang awak-awak warganegara Filipina dan dua daripada awak-awak tersebut tidak memiliki dokumen pengenalan diri ketika diperiksa oleh anggota Maritim Malaysia.

“Selain itu juragan bot juga gagal mengemukan lesen bot ketika diminta.

“Bot, juragan dan awak-awak telah iring masuk ke jeti Maritim Negeri Sabah untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Jugaragan dan awak disyaki melakukan kesalahan dibawah Akta Perikanan 1985, Akta Imigresen 1959/63 dan Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|