Grand Smile beri harapan kepada individu klef

Grand Smile beri harapan kepada individu klef

Lahad Datu: “Kami sangat gembira dan besyukur sebagai ibu bapa kerana anak kesayangan kami sudah mendapat rawatan klef dan boleh hidup seperti anak orang lain dengan lebih yakin,” demikian ujar Nurmiati, salah seorang ibu,kepada bayi yang mempunyai klef pada bibir.

Bagi salah seorang lagi pesakit Norathirah,dia gembira kerana bibirnya yang klef selama ini, kini sudah bersambung dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama kepada Dr Rubinderan dan pasukannya yang telah bertungkus lumus untuk memberi perkhidmatan ini.

Dengan teknologi dan kepakaran dalam bidang perubatan bedah mulut dan maksilofasial, individu yang mempunyai klef pada bibir, lelangit, mulut dan muka kini boleh dirawat.Klef bibir dan lelangit merupakan masalah kongenital yang paling kerap berlaku di seluruh dunia yang melibatkan bahagian muka sesuatu pesakit.

Di Malaysia, telah dilaporkan bahawa 1 dalam 700 kelahiran bayi mengalami masalah klef.Seorang kanak-kanak yang dilahirkan dengan klef bibir dan lelangit memerlukan rawatan yang kompleks dan berpanjangan bermula sejak lahir sehingga berumur sekurang-kurangnya 20 tahun.

Tahap komplek rawatan yang diperlukan bergantung kepada keterukan kes tersebut.

Pengurusan pesakit klef bibir dan lelangit melibatkan ramai pakar-pakar dari perbagai bidang yang akan merawat masalah-masalah yang berbeza yang disebabkan oleh klef tersebutHospital Lahad Datu sekali lagi mencatat sejarah dengan membuat pembedahan klef terbesar di Malaysia.

Menurut Timbalan Pengarah Kesihatan Perubatan Negeri Sabah, Datuk Dr Abdul Kahar Abdul Asis program Grand Smile Operation ini diketuai oleh Dr Rubinderan A/L Muthusamy ,disertai sembilan orang pakar bedah mulut dan maksilofasial daripada Sabah, empat pakar bius dari Hospital Lahad Datu, Likas dan Keningau, empat pakar Kanak-Kanak dari Hospital Lahad Datu dengan kerjasama NGO, Mercy Malaysia dan CLAPAM.

“Program yang kali kedua dijalankan ini dimana tahun lalu seramai 58 orang telah menjalani pembedahan, tahun ini pula seramai 61 orang akan menjalani pembedahan klef,” katanya.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|