Penjawat awam naik gaji, Sabah ikut jejak Persekutuan

Penjawat awam naik gaji, Sabah ikut jejak Persekutuan

Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri Sabah akan menjejaki langkah Persekutuan mengenai langkah kenaikan gaji di kalangan penjawat awam.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, perkara tersebut akan dimaklumkan sebaik pihak Kerajaan Pusat menetapkan peratusan kenaikan gaji penjawat awam Persekutuan pada 1 Disember hadapan.

“Kerajaan Persekutuan sudah mencadang untuk menaikkan gaji penjawat awam persekutuan yang akan diumum nanti.

“Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mungkin semasa Belanjawan Negara dan kita juga akan menaikkan gaji penjawat awam di Sabah… jangan bimbang, kita ikut Kerajaan Persekutuan, “katanya.  

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan sSmbutan Tripartite Hari Pekerja Negeri Sabah 2024 di Kota Kinabalu pada Selasa.

Untuk rekod, pada Hari Buruh yang lalu, PMX, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam sehingga lebih 13 peratus di mana ia merupakan tertinggi dalam sejarah negara ini pernah dicatatkan.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|