Warga emas ditemukan terapung

Warga emas ditemukan terapung

SANDAKAN: Mayat seorang lelaki warga emas ditemukan terapung, dipercayai mati lemas dalam kejadian di perairan Pulau Berhala, dekat sini, semalam.

Dalam penemuan jam 1.50 petang Ahad itu, mangsa, berusia 66 tahun ditemui kira-kira 1.2 kilometer dari arah jeti perkampungan pulau berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, hasil pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati mangsa merupakan warga tempatan.

“Mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik HDOK dan bedah siasat akan dijalankan pada hari ini.

“Setakat ini, tidak terkesan sebarang unsur jenayah dan khianat berlaku keatas mangsa.

“Bagaimanapun siasatan masih diteruskan, dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut,” katanya.

Mengulas lanjut, Abdul Fuad berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes Sub Inspektor Baharudin Bin Mohamad  di talian 0194008131 / 089221252.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|