UMNO Lahad Datu akan bangkit semula

UMNO Lahad Datu akan bangkit semula

Lahad Datu: UMNO Bahagian Lahad Datu serta di seluruh negara masih kekal relevan kekal sebagai parti pembela bangsa dan agama sepanjang zaman kata Ketua UMNO Bahagiannya, Sharif Musa Sharif Mabul.

Menurut beliau, walaupun telah dilanda badai dan ujian, namun UMNO adalah parti yang dilihat akan tetap mendapat tempat di hati ramai rakyat di negara ini.

Justeru, beliau menyeru agar semua ahli akar umbi kekal memberi sokongan padu bagi UMNO sebagai wadah perjuangan negara.

Dalam pada itu, beliau juga turut menafikan konon wujudnya penghijrahan ahli-ahli UMNO Lahad Datu ke Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

“Memang ada, tapi tidak seramai yang mereka dakwa itu, cuma beberapa orang sahaja ikut mereka.

“Sekarang ini, cawangan UMNO bertambah lagi 60 tambahan, dan pihak kami juga giat untuk usahakan semua cawangan yang tidak aktif untuk menjadi aktif semula,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena beberapa siri jelajah Majlis Ihya Ramadan (Zon Silam dan Zon Segama) dan di Tabanak Lahad Datu.

Terdahulu, dalam majlis-majlis tersebut, Sharif turut menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf dan dihadiri oleh lebih 1,000 orang.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|