Semua syabu yang masuk ke Kaltara dari Malaysia : BNNP

Semua syabu yang masuk ke Kaltara dari Malaysia : BNNP

KALIMANTAN UTARA: Sebanyak 46.7 KG dadah jenis syabu berjaya dirampas oleh Badan Narkotika Nasional Provinsi (BNNP) di daerah Kalimantan Utara sepanjang tahun 2023 dan semua cuba diseludup dari Malaysia.

Menurut Ketua BNNP Kaltara, Brigjend Pol Rudu Hartono jumlah tersebut telah menurun berbanding tahun 2022 iaitu 48 Kilogram.

“Berdasarkan data kita, seramai 37 orang telah ditahan yang kebanyakkan adalah penduduk Kota Tarakan dan selebihnya merupakan penduduk dari luar namun berkerja di Malaysia.

“Tahun ini BNNP Kaltara berjaya menurunkan angka permintaan dadah setelah 5 tahun tidak menurun,” katanya.Berdasarkan tinjauan daripada pihak BNNP dan Inovasi Nasional menunjukkan masih terdapat 12,710 orang yang didapati menggunakan dadah dibandingkan pada tahun 2022 sebanyak 14,327 orang.

“Walaupun angka penurunan masih tidak signifikan namun ia ada hal yang menggembirakan,”ujarnya.

Rudi berkata dengan adanya penurunan permintaan dadah sekaligus membuatkan aktiviti pengiriman dadah juga telah menurun.

“Ini membuktikan langkah mempromosi, kempen kesedaran dan pencegahan dari pihak kami nampaknya sudah membuahkan hasil,” katanya.

Katanya, disebabkan dadah dikirim dari Malaysia Gabenor Kaltara juga telah mengadakan kerjasama dengan pihak Polis DiRaja Malaysia untuk bersama mencari jalan penyelesaian untuk isu dadah di antara dua negara.- (Sumber Radar Tarakan)

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|