Mayat ditemukan terapung di sungai Kg Gaur

Mayat ditemukan terapung di sungai Kg Gaur

KOTA BELUD: Mayat seorang lelaki dipercayai warga emas ditemukan terapung dalam kejadian kawasan sungai berhampiran Kampung Gaur, dekat sini, tengah hari tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam kira-kira jam 1.15 petang sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi untuk operasi bantuan mengangkat mayat berkenaan.

“Bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud telah menerima panggilan daripada JKKK Kg Gaur yang melaporkan telah menemui seorang mayat terapung di sungai.

“Tindakan Pasukan Bomba mengambil mayat tersebut dan diserahkan kepada Polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi ditamatkan pada jam 2.50 petang,” katanya.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|