Mayat remaja ditemui separuh bogel dalam longkang disyaki dibunuh

Mayat remaja ditemui separuh bogel dalam longkang disyaki dibunuh

Tawau: Seorang remaja perempuan ditemui mati dipercayai dibunuh di dalam longkang di kawasan ladang kelapa sawit Brantian, di sini, Rabu lalu.

Mayat mangsa berusia 15 tahun ditemui dalam keadaan separuh bogel dan leher serta tangan dijerut.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat itu daripada pengurus ladang terbabit pada jam 2.45 petang.

Katanya, hasil siasatan di tempat kejadkan mendapati mangsa dalam keadaan tangan dan leher diikat dengan pita pelekat berwarna hitam.

“Terdapat juga beberapa kecederaan pada tubuh mangsa iaitu koyakan pada bahagian kepala sebelah kiri dipercayai disebabkan objek keras.

“Mayat perempuan terbabit kemudian di bawa ke Hospital Tawau untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Jasmin berkata, hasil siasatan pada hari yang sama, polis telah membuat tangkapan ke atas seorang lelaki warga asing berusia 14 tahun yang dipercayai terbabit dalam kes ini.

“Polis turut merampas beberapa barang daripada suspek untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|