Lelaki ditahan mengamuk guna parang pada adik kandung

Lelaki ditahan mengamuk guna parang pada adik kandung

Tawau: Polis menahan seorang lelaki yang mengamuk dan mengacukan parang kepada adik kandungnya di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sungai Haji Matahir, di sini, semalam.

Suspek berusia 61 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis dari Balai Polis Bombalai, jam 1.45 petang.

Parang yang digunakan suspek turut dirampas.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, tangkapan ka atas suspek dibuat susulan laporan yang dibuat oleh seorang wanita berusia 59 tahun yang juga adik kandung suspek.

Katanya, kejadian itu berlaku jam 7.20 pagi, pada 23 November 2022, di kebun milik arwah ibu bapanya di Kampung Sungai Haji Matahir.

“Suspek dikatakan tiba-tiba memarahi mangsa (adik kandung) sambil mengacukan sebilah parang dan mengarahkan kepada mangsa.

“Suspek turut mengancam untuk menebang semua pokok kelapa yang diusahakan oleh mangsa dan suaminya di tanah milik mangsa sendiri.

“Bimbang akan keselamatannya dan keluarga, mangsa buat laporan polis untui tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, dalam tangkapan itu, polis turut merampas sebilah parang yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|