Kongres tahunan SAFA 11 Mac depan

Kongres tahunan SAFA 11 Mac depan

Kota Kinabalu: Kongres tahunan dan pemilihan exco baharu Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) bagi tempoh 2023 hingga 2027 akan diadakan, 11 Mac depan.

Setiausaha Agung SAFA, Datuk Dr Jelani Hamdan berkata, keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif, Persatuan Bola Sepak Negeri Sabah (SAFA), malam tadi.

Katanya, mesyuarat jawatankuasa eksekutif itu juga memutuskan tiada sebarang pelantikan pemangku presiden.

“Buat masa ini, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ir Shahelmy Yahya juga akan menjadi ‘caretaker’ untuk sementara waktu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas selesai Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif yang diadakan di Sabah International Convention Centre (SICC), malam tadi.

Terdahulu, mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif SAFA yang dipengerusikan Timbalan Presiden I, Datuk Juil Nuatim, dihadiri dua naib presiden dan lapan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) SAFA.

Yang turut hadir Penolong Setiausaha Agung, Azman Mastar dan Setiausaha Eksekutif, David Wisom.

Jelani berkata, SAFA sentiasa mengutamakan usaha dalam memajukan bola sepak negeri Sabah ke peringkat yang lebih tinggi.

Katanya, semua pihak juga perlu memainkan peranan terbaik bagi membantu meningkatkan mutu bola sepak di negeri ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|