Jannie Lasimbang pengerusi baharu KPD

Jannie Lasimbang pengerusi baharu KPD

Kota Kinabalu: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kapayan, Jannie Lasimbang dilantik sebagai Pengerusi Korporasi Pembangunan Desa (KPD) yang baharu berkuatkuasa 19 Januari lalu.

Wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) dari DAP itu menggantikan ADUN Dilantik dari UMNO, Datuk Raimie Unggi.

Surat pelantikan Jannie diserahkan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dalam satu majlis ringkas di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.

Majlis itu turut disaksikan Timbalan Ketua Menteri I yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan negeri, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan Menteri Pembangunan Perindustrian negeri, Phoong Jin Zhe.

Hadir sama ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|