Tempoh reman 8 anggota polis disambung hingga 8 Februari

Tempoh reman 8 anggota polis disambung hingga 8 Februari

Tawau: Tempoh reman lapan anggota polis termasuk empat pegawai kanan bagi membantu siasatan kes bunuh pemandu e-hailing di sebuah ladang sawit di sini pada 13 Januari lalu dilanjutkan tujuh hari lagi bermula hari ini.

Ia selepas Majistret Dzul Elmy Yunus membenarkan permohonan polis yang meminta tempoh reman disambung pada prosiding yang dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, di sini, hari ini.

Sebelum ini, semua mereka direman selama tujuh hari yang berakhir hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Semalam, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah dilapor berkata kes bunuh itu bermotifkan cemburu dan lebih bersifat peribadi serta tidak membabitkan isu keselamatan di Sabah.

Pada 30 Januari lalu, seorang penganggur, Nurima Juli, 33, didakwa di Mahkamah Majistret Tawau atas pertuduhan membunuh Nurman Bakaratu, 61, di ladang kelapa sawit berhampiran Jalan Anjur Juara, Jalan Apas, Batu 5, di sini antara 7.30 malam hingga 9 malam, 13 Januari lalu.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|