Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Kota Kinabalu, Penampang

Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Kota Kinabalu, Penampang

Kota Kinabalu: Hujan lebat sejak jam 2 petang tadi di sekitar daerah ini dan Penampang menyebabkan beberapa lokasi dilanda banjir.

Antara lokasi dilaporkan banjir adalah Telipok, Inanam, Likas, Sepanggar, Indah Permai, Kolombong, Lido dan Kepayan.

Keadaan banjir di kawasan Kolombong, Kota Kinabalu.

Bagi daerah Penampang pula, banjir kilat membabitkan lokasi Jalan Kibabaig, Jalan Bundusan, Jalan Penampang Lama & Jalan Kolopis dan beberapa lagi kawasan sekitar.

Setakat ini, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka kerana tiada pemindahan mangsa banjir dilakukan.

Keadaan banjir di Jalan Bundusan.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan pada jam 4.40 petang ini memaklumkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah.

Katanya, kawasan itu termasuklah Pedalaman membabitkan Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan.

Banjir di kawasan JPJ Jalan Bundusan, Penampang.

“Pantai Barat dan Sandakan meliputi Telupid dan Sandakan turut terbabit selain Labuan sehingga jam 7:00 malam ini,” katanya.

Menurutnya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk setiap keluaran,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|