Ditemukan meninggal dunia dalam kereta, tiada unsur jenayah: Polis

Ditemukan meninggal dunia dalam kereta, tiada unsur jenayah: Polis

SANDAKAN: Tiada sebarang unsur jenayah ditemukan dalam siasatan awal polis susulan kejadian seorang lelaki yang ditemui meninggal dunia di tempat letak kenderaan berhampiran SS2 Sri Taman Batu Tiga, dekat sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, hasil pemeriksaan turut mendapati tiada sebarang kecederaan pada tubuh mangsa serta unsur jenayah atau khianat berlaku.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut. “Mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik HDOK untuk bedah siasat, “katanya dalam satu kenyataan media, malam ini.

Mengulas lanjut, Abdul Fuad berkata, mengikut kronologi kes, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 9.30 pagi tadi daripada orang awam berhubung insiden mangsa yang didakwa tertidur di dalam kenderaannya di kawasan letak kereta berhampiran lokasi tersebut.

“Hasil pemeriksaan polis di lokasi kejadian mendapati seorang lelaki berada dalam kenderaan dimaksudkan dengan keadaan enjin kenderaan masih hidup.

“Pada masa yang sama, pihak Bomba telah datang untuk membantu membuka kenderaan mangsa.

“Walaubagaimanapun, mangsa seorang lelaki tempatan berumur 37 tahun yang berada di dalam kenderaan tersebut, disahkan telah meninggal dunia ketika pemeriksaan dilakukan di lokasi kejadian oleh Pegawai Perubatan HDOK, “katanya.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|