Banjir: Mangsa banjir Sabah cecah 8,523 orang setakat 12 tengah hari

Banjir: Mangsa banjir Sabah cecah 8,523 orang setakat 12 tengah hari

Kota Kinabalu: Jumlah mangsa terkesan banjir di negeri ini mencecah 8,524 orang setakat jam 12 tengah hari, berbanding hanya 6,843 orang dilaporkan pagi tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, ia membabitkan sebanyak 2,966 Ketua Isi Rumah (KIR) daripada lima daerah yang dilaporkan dilanda banjir.

“Kesemua mangsa yang terjejas kini telah dipindahkan ke 33 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang beroperasi di daerah-daerah berkenaan.

“Setakat tengah hari ini, terdapat empat PPS yang masih menunjukkan trend peningkatan dalam jumlah mangsa banjir yang dipindahkan.

“Antaranya ialah Dewan KBS, SK Bangkau-Bangkau, SK Dandun dan SMK Tandek,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, tiga daerah yang mencatatkan angka mangsa banjir tertinggi ialah Kota Marudu (6,150 mangsa), Pitas (1,523 mangsa) dan Paitan (718 mangsa).

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|