Banjir: Jumlah mangsa terkesan banjir melonjak ke 6,313

Banjir: Jumlah mangsa terkesan banjir melonjak ke 6,313

Kota Kinabalu: Angka mangsa yang terkesan susulan banjir di Sabah melonjak ke 6,313 orang daripada 2,187 Ketua Isi Rumah (KIR), setakat jam 8 pagi ini.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, ia membabitkan sebanyak lima daerah iaitu Paitan, Pitas, Kota Marudu, Kudat dan Lahad Datu.

Pasukan Bomba membantu dalam meminfahkan mangsa banjir

“Kesemua mangsa yang terjejas telah dipindahkan ke 26 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang telah dibuka di daerah tersebut.

“Sebanyak 11 PPS telah diaktifkan di Kota Marudu, tujuh PPS di Paitan, empat PPS di Pitas, tiga PPS di Kudat dan satu PPS di Lahad Datu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, tiga PPS dengan jumlah mangsa tertinggi ialah SK Ranau (Kota Marudu) dengan 1,280 mangsa, diikuti dengan SM Advent Goshen (Kota Marudu) dengan 711 mangsa dan Dewan SK Sikuati (Kudat) dengan 628 mangsa.

Trend semasa situasi banjir di negeri ini masih menunjukkan peningkatan dengan penambahan jumlah mangsa di PPS.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|