Banjir: Bomba bantu pindahkan warga emas lumpuh

Banjir: Bomba bantu pindahkan warga emas lumpuh

Beaufort: Seorang wanita warga emas lumpuh dipindahkan selepas kediamannya di Kampung Bakalau, di sini, dinaiki air, malam tadi.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, mangsa dibawa menggunakan bot ke tempat selamat.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 7.24 malam.

Caption
Bomba bantu memindahkan wanita lumpuh selepas rumahnya dinaiki air di Kampung Bakalau, Beaufort

Katanya, sepasukan tujuh anggota dan pegawai bomba bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus dikerah ke lokasi kejadian.

“Mangsa dipindahkan ke rumah keluarga dari menggunakan bot penduduk kampung dan seterusnya dihantar ke Kampung Muhibah, di sini, menggunakan EMRS.

“Tindakan diambil selepas keadaan air banjir mulai naik di kawasan rumah mangsa,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, pasukan operasi kemudiannya melakukan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 8.25 malam.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|