Banjir: Jumlah mangsa terjejas meningkat kepada 251 orang

Banjir: Jumlah mangsa terjejas meningkat kepada 251 orang

Kota Kinabalu: Setakat jam 12 tengah hari, tiga daerah di negeri ini dilaporkan dilanda banjir, dengan Kudat menjadi yang terkini diisytihar terjejas banjir.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan bahawa jumlah mangsa yang terjejas turut meningkat kepada 251 mangsa daripada 52 Ketua Isi Rumah (KIR).

“Paitan mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 88 mangsa, diikuti dengan Kudat (84 mangsa) dan Pitas (79 mangsa).

Situasi sekitar operasi pemindahan mangsa di lokasi terjejas di daerah Kudat dan Matunggong.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 125 mangsa terdiri daripada golongan dewasa dan warga emas, manakala 126 mangsa adalah kanak-kanak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, terdapat tujuh Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah diaktifkan bagi menempatkan mangsa-mangsa yang terjejas.

“Terdapat tiga PPS yang beroperasi di Pitas, iaitu Rumah Ketua Kampung Sinasak Batu (18 mangsa), Surau Kg Sibuang (38 mangsa) dan Dewan Kg Kusilad (23 mangsa).

“Manakala, dua PPS di Paitan ialah Dewan Kg Kubambangan (38 mangsa) dan Dewan Kg Batangon Darat (50 mangsa).

“Dua PPS yang dibuka di Kudat ialah Dewan Terbuka Matunggong (27 mangsa) dan Dewan SK Sikuati (57 mangsa),” katanya.

Dalam pada itu, katanya, trend semasa situasi banjir di Sabah masih menunjukkan peningkatan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|