16 ditahan, dalam Op Noda & Op Pusat Hiburan di Penampang

16 ditahan, dalam Op Noda & Op Pusat Hiburan di Penampang

PENAMPANG: Seramai 16 individu ditahan dalam serbuan berasingan melibatkan tiga buah pusat hiburan di daerah ini, malam tadi.

Hasil saringan ujian air kencing ke atas 81 orang pekerja dan pengunjung di dalam premis berkenaan, dua lelaki turut didapati positif dadah jenis Methamphetamine.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, dalam serbuan tersebut pihak polis juga telah menahan kedua-dua pengurus pusat hiburan bersama seorang dj diatas kesalahan premis beroperasi hiburan awam tanpa lesen dan merampas peralatan muzik milik premis terbabit.

“Manakala enam wanita asing ditahan kerana menyalahgunaan pasport untuk bekerja di premis dan empat lelaki warga asing gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri.

“Individu yang ditahan dan barang rampasan telah dibawa ke IPD Penampang untuk siasat lanjut pihak polis mengikut Sek. 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, Sek. 3 Ordinan Hiburan Awam 1958, Sek. 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Sek. 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. Sebelumnya, pihak polis juga turut mengadakan operasi yang sama pada 30 Disember 2023 di sebuah pusat hiburan Daerah Penampang dan menahan seorang lelaki penjaga premis serta turut merampas peralatan muzik milik premis kerana beroperasi tanpa lesen.

“Sehubungan dengan itu, pihak polis akan sentiasa membuat pemantauan dan operasi serta menasihatkan pengusaha premis-premis hiburan di daerah ini supaya sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.

“Polis turut menasihatkan pengusaha-pengusaha premis pusat hiburan supaya menjalankan perniagaan mengikut prosedur undang-undang yang telah ditetapkan, ” katanya.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|