PPNS ambil ketetapan isu tunggakan hutang NAFAS

PPNS ambil ketetapan isu tunggakan hutang NAFAS

KOTA KINABALU: Pertubuhan Peladang Negeri Sabah (PPNS) telah memutuskan dan mengambil ketetapan berkaitan isu tuntutan tunggakan hutang Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).

Menurut kenyataan media PPNS semalam, satu surat telah dihantar kepada Pengurus Besar NAFAS bertarikh 28 Disember 2023.

Surat itu memaklumkan bahawa sehingga tarikh surat tersebut, pihak PPNS masih belum menerima apa-apa bayaran daripada NAFAS berkaitan tuntutan tunggakan hutang sewaan gudang, kerja-kerja gudang serta kerja-kerja lain yang berkaitan antara PPNS dan NAFAS.

“Satu sesi perbincangan antara PPNS dan NAFAS juga telah berlaku pada 12 Julai 2023 dan dipersetujui oleh Timbalan Pengurus Besar NAFAS, Saripol Bahrin Karim untuk melunaskan segala hutang NAFAS kepada PPNS berkaitan isu sewaan gudang ini dan beliau seharusnya bertanggunjawab dengan janjinya untuk menyelesaikan isu ini secara baik.

“Surat maklumbalas daripada Pengurus Besar NAFAS bertarikh 12 Disember 2023 juga tidak menjawab kepada perkara yang telah dibangkitkan oleh pihak PPNS dan tiada sebarang tindakan penyelesaian untuk hutang-hutang tersebut,” katanya.

Jelas kenyataan itu lagi, Pengurusan NAFAS serta barisan Ahli Jemaah Pengarah NAFAS disarankan untuk mengambil berat perkara ini dan juga sikap segelintir pegawai NAFAS yang gagal menjalankan fungsinya dan menjejaskan pergerakan Pertubuhan Peladang keseluruhanya.

“Perkara ini dapat dilihat berikutan tindakan Pegawai Perolehan NAFAS bersama-sama Pengurus Baja NAFAS secara jelas mengetepikan keutamaan Pertubuhan Peladang khususnya PPNS dengan tindakan mengutamakan syarikat luar untuk mengendalikan gudang penyimpanan baja di Sabah,” katanya.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|