PADU bantu penyasaran subsidi secara telus: Armizan

PADU bantu penyasaran subsidi secara telus: Armizan

PAPAR: Orang ramai disarankan untuk berdaftar maklumat individu dan isi rumah dalam sistem pangkalan data utama (PADU) yang bakal diumum kerajaan pada 2 Januari hadapan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali berkata, sistem tersebut memainkan peranan bagi menjayakan agenda penyasaran subsidi dan ianya memerlukan kerjasama utuh semua pihak.

Jelas beliau, sistem itu juga akan mengenal pasti pelbagai faktor lain antaranya bilangan tanggungan isi rumah selain dan pengenalpastian jumlah pendapatan atau tahap isi rumah sama ada B40, M40 atau T20.

“Saya menyeru kepada semua rakyat kita agar sebaik sahaja pelancaran sistem tersebut pada 2 Januari depan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kita segera untuk membuat verifikasi.

“Dalam masa yang sama kita mengharap juga bantuan daripada semua, kerajaan negeri, JPKK, pejabat-pejabat wakil rakyat, ketua-ketua kampung,  pemimpin masyarakat untuk bergerak bersama membantu kerajaan dalam konteks mempromosikan, war-warkan kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Fun Hike Keluarga Samat, di sini, pada Ahad.

Untuk rekod, PADU akan dilancarkan pada Selasa depan selama 3 bulan sehingga 31 Mac 2024 bagi memastikan orang awam mempunyai tempoh mencukupi mengemaskini maklumat individu dan isi rumah.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|