Wahai rakyat Sabah, undilah dengan bijaksana

Wahai rakyat Sabah, undilah dengan bijaksana

TEPAT jam 11.59 tengah malam nanti, habislah waktu berkempen buat semua calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di Sabah.

Apa yang tersemat di dalam minda para pengundi nanti, hanya hadir di pusat penamaan calon untuk memangkah ruang kotak kertas yang akan diberi petugas SPR pada esok hari.

Soal ruang kotak apa yang bakal dipangkah, pastinya para pengundi sahaja yang punya jawaban.

Selama 13 hari tempoh berkempen di Sabah, terlalu banyak bacaan demi bacaan telah diteroka bahkan pada tempoh ini sahaja, ramai yang tampil menjadi pakar membaca gerak geri, julat suhu politik tanpa perlu turun ke lapangan.

Prediction demi prediction ini dapat kita amati dengan ramainya penganalisa politik sama ada di kaca TV atau pun di portal media rasmi, dada akhbar dan lain-lain muncul saban hari.

Tetapi tahukah anda, potensi pemangkahan undi anda sebenarnya dipengaruhi minda selamat kita untuk membayangkan apa jua bentuk kerajaan selepas ini.

Kenapa? Sudah tentu kita termaktub dalam kotak pemikiran untuk memikirkan siapa wadah selamat untuk kita pilih.

Kerana terlalu banyak himpunan maklumat yang kita terima dan untuk dicerap supaya gerak geri hati akan memilih si polan, si polan demi kelangsungan agenda politik mereka kena dengan apa yang kita mahukan.

Tapi, tanpa anda sedari, kini sudah masuk setempoh lima tahun berlalu di mana kita menjadi ruangan politikal yang berlaku sepanjang tempoh itu.

Katakan sahaja, tiga Perdana Menteri?Sabah dua pilihan raya DUN dalam tempoh lima tahun? Dua Ketua Menteri di Sabah?

Akhirnya, kita mengalah dengan situasi-situasi sebegini dan adakalanya kita terpaksa akur dengan tangan-tangan pengundi lain yang memilih si polan-polan ini tanpa memikirkan kehendak kita di kawasan kita tinggal.

Jadi untuk edisi PRU15 kali ini, pilihlah apa yang ada dalam kotak fikiran anda…Politikus ini tentu sahaja menyajikan tawaran menarik, janji-janji seolah pasti dan terpenting adalah naratif yang bakal dipermainkan untuk lima tahun ke hadapan.

Semoga kita panjang umur untuk menyaksikan lagi apa yang terbentuk pada malam esok, kerana tiada jalan untuk kita menarik kembali dengan apa yang kita sokong.

Anda mahu pilih kerajaan menjanjikan kestabilan, kemakmuran? atau lebih bersifat remorfis keMalaysiaan di Sabah?Anda tentukan sendiri, selamat mengundi….

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|